PERTUKARAN SETARA GURU BESAR SKLP


Kluang  – Bermula  16.2.2013  En. Onn bin Mohd. Nor telah berpindah ke SK Batu 3, Jalan Mersing ,Kluang. Kini jawatan guru besar SK Ladang Pamol diterajui oleh En. Talib bin Jemu, yang berpindah dari SK Sejagong, Seri Medan Batu Pahat , Johor.Beliau melapor diri pada 12.2.2013.Pada 20.2.2013 merupakan hari pertama guru besar baru menjalankan tugas secara rasmi di SK Ladang Pamol.

UCAPUTAMA

Ucap utama En. Talib bin Jemu- Guru Besar SKLP  dimajlis perhimpunan mingguan

Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Segala puji-pujian kepada tuhan semesta alam,

selawat dan salam untuk junjungan rasulullah dan

para sahabat.

Terima kasih kpd pengerusi majlis

Yang dihormati PK KURIKULUM  , En.Abdul Rahman bin Ahmad

PK HEM – En. Mohd Ali bin Sairi

PK KOKURIKULUM – En. Zulkapley bin Ibrahim

Semua guru-guru, para pelajar yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah  SWT kerana dengan limpah dan kurnianya  kita masih dipinjamkan nyawa oleh Allah  untuk terus menikmati segala  pemberiannya kepada kita.

Guru-Guru dan Para pelajar yang dihormati sekalian. Disini saya ingin memperkenalkan dulu diri saya : Nama :  Talib bin Jemu sebelum ini berkhidmat di SK.Sejagong Batu Pahat, telah diarahkan bertugas di SKLP berkuat kuasa mulai 16.2.2013. Surat arahan ini telah dikeluarkan oleh  JPNJ serentak kepada Mantan Tn. Guru besar En .Onn bin Mohd Nor berpindah ke SK batu 3, kerana ada kekosongan jawatan guru besar disana. Saya selaku penjawat awam, sentiasa akur dengan perintah dan arahan, dan pergerakan atau pertukaran  guru besar adalah perkara biasa atas kepentingan pendidikan. Sesungguhnya pihak JPNJ,PPD dan MGB telah melihat dari sudut yg positif  bahawa beliaulah orangnya yg mampu membawa kecemerlangan di SK Batu 3 untuk masa-masa akan datang. Didoakan semoga En. Onn mantan guru besar SKLP ini, dapat meneruskan kecemerlang di sekolah yang baru itu.

Sebagai guru besar yang baru, saya mengharapkan kerjasama yang erat dikalangan GPK, semua guru dan pelajar sekolah ini mengembeling usaha dan tenaga berganding bahu  untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dari yang sedia ada untuk meneruskan kesenambungan yang telah dibina sekian tahun lamanya bermula tahun 1956 daripada guru besar yang pertama disekolah ini. Tinggalkanlah segala masalah yang timbul diluar pagar sana  dan binalah kekuatan demi kejayaan anak didik kita .Sekolah ini adalah wadah utk kita melaksanakan amal ibadah, tanggungjawab dan amanah  kepada agama, bangsa dan Negara. Sekolah ini merupakan wakil organisasi kerajaan yang memberikan kita rezeki untuk membahagiakan kehidupan rumahtangga kita, itulah kenyataannya yang sebenar-benarnya yang kita lalui selama ini. Sebagai pendidik dan staf, tugas kita sentiasa mencabar pada sepanjang masa bersesuaian dengan visi dan misi menjadi azimat ketika kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Pastinya kita perlu lebih berdidikasi, lebih proaktif dan kreatif untuk melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan berkualiti supaya Berjaya menghasilkan kegemilangan akademik dan kokurikulum anak didik sekolah ini.  Proses penambahbaikan untuk memperbaiki kelemahan, memperkemaskan dokumentasi dan maklumat dan mempertingkatkan proses pencapaian sedia ada dalam semua bidang termasuk iklim persekitaran sekolah yang kondusif adalah kerja sepasukan.  Setiap warga sekolah ini hendaklah menyumbang idea, masa dan tenaga malahan wang ringgit dalam satu pasukan yang sentiasa bersatupadu sentiasa menolong sentiasa berkerjasama, sama-sama susah, sama-sama gembira sentiasa menjadi amalan kita.

kita harus melakukan perubahan, untuk mendapat sesuatu kita harus membuat sesuatu, untuk kita buat sesuatu, kita harus jadi sesuatu,tetapi bagaimanakah kita menjadi manusia yang lebih baik pada hari ini, sebenarnya dunia luaran kita adalah cermin dunia dalaman kita, dan dunia dalaman kita terdiri dari daripada fikiran kita,emosi kita, rohani kita, dan sikap kita..apabila kita mengubah dunia dalam kita, insyaallah dunia luaran kita iaitu kita punya kesihatan,kebahagian, ketenangan akan berubah…

Banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan sekolah  antaranya ialah :
1. Keberkesanan kepimpinan sekolah
2. Peranan Penolong-penolong kanan
3. Peranan aktif semua guru
4. Penyediaan pembelajaran yang berstruktur
5. Tahap keintelektualan guru
6. Penekanan dan kestabilan fungsi guru
7. Persekitaran positif
8. Penglibatan ibubapa / PIBG
10. Penglibatan badan kerajaan dan bukan kerajaan
11. Bilangan pelajar dan latar belakang pelajar

(Persekitaran sekolah yang kondusif dan menarik dapat menghasilkan persekitaran kerja yang berkualiti. Wajah sekolah harus menarik supaya motivasi pelajar dapat di tingkatkan. Jika keadaan persekitaran sekolah yang muram maka tanggapan pertama menjadi negatif oleh itu Program 3K harus diberikan perhatian dan dipertingkatkan dari masa kesemasa.Ia juga merupakan elemen yang penting dan tidak harus diabaikan. Jika kita masuk dalam kawasan sekolah … keadaan sekolah itu cantik dan menarik makan kita akan merasa seronok. Motivasi untuk bekerja meningkat. Gaya kepimpinan pengurusan juga akan mempengaruhi persekitaran kerja. Gaya kepimpinan yang bersesuaian menjadikan pesekitaran kerja aman dan tenteram maka tidak wujud perasaan tertekan. Guru-guru dan pelajar akan merasa seronok melaksanakan fungsi mereka.Landskap dan mural dinding yang menarik sudah pasti mewujudkan persekitaran yang kondusif. Ia ditambah dengan kata-kata atau ungkapan bermotivasi menjadikannya lebih menarik. Keadaan bilik darjah yang terurus dapat melahirak keadaan yang seronok untuk belajar. Tugas ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

 

 

 

Ingin saya ringkaskan beberapa tips untuk mencapai kejayaan, pertamanya ialah :

Apa juga kerja yg hendak dibuat mestilah dimulakan dengan :

  1. Niat – yang betul –
  2. Buat perancangan ( takwim,strategi,analisis swot,apa?, Bila?, bagaimana? kos,visi,misi semuanya didokumenkan )
  3. Laksanakan apa yg dirancang( sepasukan groyong,kerjasama,permaufakatan
  4. Pemantauan ( komunikasi berkesan,pujian,ganjaran,teguran,nasihat, belajar dari kawan)
  5. Hasil ( rujuk objektif, Berjaya atau gagal)
  6. Refleksi  ( postmortem, kelemahan, kekuatan,ancaman,peluang)
  7. Ikut Prosedur ( pekeliling,surat arahan)
  8. Memahami dasar kerajaan ( PPPM)
  9. Tepati masa( demi masa sesungguhnya…)
  10. Pandai mengawal ( duit, kuasa,kemegahan, percakapan)
  11. 11.                      Kerja yg baik jangan bertangguh ( do it now) jgn slow sangat
  12. Ingat mengingati antara satu sama lain ( saya mudah lupa)
  13. Saya sayang sekolah( buat penambahbaikkan)

 

Pada pendapat saya, jika kita semua lakukan dengan sabar dan ikhlas serta jujur, sepertimana yang diperkatakan tadi , saya yakin dan percaya , semuga guru-guru disekolah ini mampu untuk menjalankan tugas dengan sebaik mungkin maka tidak timbul soal  penurunan kecemerlangan disekolah ini.Malahan mungkin lebih baik dari yang sedia ada.

Kita sebagai orang yang dipertanggungjawabkan  hanya mampu  merancang semua ketentuannya disisi Allah. INSAALLAH…Semoga hasrat murni ini mendapat pertunjuk dan hidayahnya.

Semua yang baik semuanya datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari saya. Sekian, terima kasih

Posted on 02/20/2013, in GURU BESAR and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: