Daily Archives: 05/16/2013

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH


PAMOL –  Saya merasa sungguh bertuah pada tahun ini kerana berkesempatan untuk bersama-sama warga pendidik SK Ladang Pamol dalam meraikan sambutan Hari Guru 2013 yang bertemakan Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda. Pada hari ini saya merasa sungguh teruja kerana setelah hampir berbelas-belas tahun sekian lamanya tidak merasai suasana kemeriahan sambutan tersebut bersama pelajar-pelajar sekolah. Umum mengetahui betapa besarnya peranan warga pendidik dalam memperteguhkan modal insan bagi melahirkan generasi pimpinan masa hadapan untuk terus memacu legasi dan kecemerlangan negara. Sudah pastinya, tiada kata yang dapat menterjemah ungkapan , bicara yang boleh dituturkan dan ucapan yang memampu disuarakan dalam menggambarkan rasa hormat terhadap kegigihan,kesungguhan dan pengorbanan seorang pendidik.

Berbau wangi si nangka muda,

Jika dibelah getah terlekat,

Satu Apirasi Satu Agenda,

Penjana usaha pemacu tekad

Ucapan ribuan terima kasih kepada Encik Hanuar bin Misron – selaku wakil PPD Kluang yang sudi hadir di majlis sambutan Hari Guru Peringkat sekolah pada kali ini.

hg