MAKMAL PENINGKATAN PRESTASI SEKOLAH BAND 2 KE BAND 1 NEGERI JOHOR ( DAERAH MUAR DAN KLUANG)


MUAR – Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah mengadakan taklimat mengenai Peningkatan Prestasi Sekolah Band 2 ke Band 1 Negeri Johor khusus untuk Daerah Muar dan Kluang. Pada tahun 2012 didapati sebanyak 499 buah sekolah yang di Negeri Johor telah mencapai band 2berbanding hanya 58 buah sekolah yang mendapat band 1, dengan ini diharapkan sekolah-sekolah tersebut naik keband 1.Dengan sebab itulah hari ini diadakan  taklimat  untuk  membimbing sekolah-sekolah band 2 ke band 1. Sekolah juga diharapkan dapat mengunakan semua kekuatan yang ada bagi menghadapi peperiksaan yang akan menjelang tidak berapa lama lagi. Sudah tiba masanya kita mengubah prestasi sekolah kepada yang lebih baik demi kebaikan Negeri Johor.

Turut hadir pada hari ini ialah Tn.Hj.Shahrudin bin Sharif – Ketua Sektor, Sektor jaminan Kualiti JPNJ, beliau menjelaskan mengenai peningkatan sekolah-sekolah khususnya di Negeri Johor dimana daripada 36 buah sekolah yang dicalonkan telah mendapat 23 sekolah yang tersenarai dalam New Deals.Kepada Guru Besar yang hadir pada hari ini telah diberi amanah untuk meningkatkan band 2 ke band 1. Tujuannya ialah untuk peningkatan skor komposit purata sekolah ialah diantara melebihi 85 dan band 2  ialah 75 – 84.99. Peningkatan sekolah mestilah sentiasa berpaksikan kepada visi dan  misi sekolah selaras dengan jabatan dan kementerian pelajaran.

SKPM 30%  dan GPS 70% akan tercipta skor komposit. Setiap sekolah perlu ada perancangan demi mencapai cita-cita. Sentiasa lihat perancangan yang sedia ada itu berkesan atau tidak. Apa program yang memberi impak dan tidak perlu dibincangkan. Pemantauan semua guru-guru dan buat perbincangan untu peningkatan prestasi. didalam elemen 4 berkaitan P&P dilihat dari data sekolah semuanya baik tetapi didalam pemantauan nazir adalah sebaliknya, ada perbezaan yang nyata. Sekolah meletakkan markah SKPM terlalu tinggi. Perlua ada ada program pembangunan kopentensi guru iaitu pembangunan profesional yang berkesan. Sekolah banyak mengadakan program untuk murid tetapi untuk guru itu sendiri berkurangan.

Disekolah perlu ada pemimpin,iaitu guru besar yang telah dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan segala arahan.dapatan Jemaah Nazir, jatuh bangun sesebuah sekolah itu bergantung kepada pengurus yang memimpin organisasi yang berkenaan.

Dalam anjakan ke 5, memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di sekolah.Kepimpinan Instruktional adalah penting, dimana misi sekolah diperlu diperjemahkan dengan baik. Pengurusan program instruktional dimana penyeliaan dan penilaian instruktional, menyelaras kurikulum dan pemantauan kemajuan murid. Mewujudkan iklim pembelajaran positif, dimana mengawal waktu P&P, membudayakan perkembangan profesional, mengekalkan ketampakan menyediakan ganjaran, penguatkuasaaan standard  akademik dan menyediakan insentif kepada pelajar.

Sebagai pentadbir seharusnya berfikiran terbuka dan berpandangan jauh, menjalinkan hubungan yang mesra dengan pegawai-pegawai atasan da bawahan serta rakan-rakan sejawat.

Posted on 06/12/2013, in KURIKULUM. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: