Sejarah Sekolah

Pada awal tahun 1956 sebuah sekolah Melayu ditubuhkan dan dinamakan sebagai Sekolah Umum Estate. Menjelang tahun 1962 nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Melayu Ladang Pamol.

Sekolah ini diwujudkan dengan tujuan memberi pendidikan kepada anak-anak pekerja ladang. Pada awal penubuhannya rumah pekerja yang terdiri daripada rumah papan usang telah diubahsuai untuk dijadikan 2 bilik kelas dengan tenaga pengajar 2 orang dan bilangan murid seramai 26 orang. Guru Besar pada awal penubuhan ini ialah Allahyarham Encik Rahmat bin Sungip

Pada tahun 1967, bilangan kelas bertambah kepada 5  iaitu dari darjah 1 hingga darjah 5. Pada tahun berikutnya (1968) diwujudkan pula kelas darjah 6 dan pada tahun ini juga nama sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Ladang Pamol. Guru Besarnya ialah Tuan Haji Sanif bin Ismail dan tenaga pengajar terdiri daripada 10 orang guru sementara bilangan pelajar bertambah kepada 156 orang.

Tuntutan untuk menimba ilmu terus membara. Bangunan lama dirasakan tidak lagi sesuai di zaman moden ini. Lantas pada tahun 1973 pihak pengurusan Ladang Pamol telah menyediakan tapak untuk pembinaan bangunan sekolah yang baru oleh kerajaan. Bangunan baru ini terdiri daripada satu blok bangunan dua tingkat yang mengandungi 6 bilik darjah, 1 bilik Guru Besar, 1 pejabat, 1 bilik rehat guru, 1 stor, 1 bilik sembahyang, 2 tandas guru dan 2 tandas murid.

Pada tahun 1986 pentadbiran dan pengurusan sekolah diterajui oleh Encik Esa bin Haji Abdul Ghani menggantikan Tuan Haji Sanif bin Ismail yang bertukar ke Sekolah Kebangsaan Air Hitam, Batu Pahat. Pada tahun ini juga pihak Pejabat Pendidikan telah membina pagar di sekitar sekolah bagi tujuan keselamatan serta bagi menambahkan lagi keceriaan sekolah ini.

Pada tahun 1988, Encik Esa bin Haji Abdul Ghani ditukarkan ke SK LKTP Kahang Timur dan tempatnya diambil alih oleh Tuan Haji Abdul Halim bin Manap. Seterusnya pada tahun 1989 Encik Abdul Halim bin Manap ditukarkan ke SK Perempuan Bandar dan Encik Abdul Rahim bin Lambak menggantikan tempat beliau.

Pada tahun 1991 Tuan Haji Abdul Rahim bin Lambak bertukar ke kampong asalnya di Muar dan tempatnya digantikan oleh Encik Onn bin Haji Abdullah. Pada Disember 1992 Encik Onn bin Haji Abdullah ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Senai, Kulai, Johor dan digantikan oleh Tuan Haji Kassim bin Haji Abdullah. Pada 16 Disember 1993 Tuan Haji Kassim bin Haji Abdullah ditukarkan pula  ke SK Batu 3 Kluang dan tempatnya digantikan oleh Encik Mohd Lasim bin Ahmad pada 16 Januari 1994.

Bilangan murid terus bertambah dengan bilangan murid tahun 1 melebihi 50 orang. Pihak sekolah memohon jasa baik pihak pengurusan ladang untuk membina blok tambahan bagi membolehkan murid-murid belajar dengan lebih selesa. Maka pada bulan Januari 1994 bangunan tambahan yang menelan belanja RM10 000 siap dibina. Pihak pengurusan ladang juga turut membiayai perbelanjaan memasang 6 buah kipas siling dan 11 batang lampu kalimantang.

Pada tahun 1995 Encik Mohd Lasim bin Ahmad telah ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Seri Intan Kluang dan tempatnya digantikan oleh Encik Kusmin bin Omar yang bertugas sebagai Guru Besar selama setahun sahaja. Tahun berikutnya (1996) tempatnya digantikan oleh Encik Ahmad bin Md Top.

Bangunan satu blok yang ada tidak lagi dapat menampung keperluan pendidikan semasa. Maka pada tahun 1997 Kementerian Pendidikan Malaysia telah membina bangunan tambahan yang terdiri dari satu blok bangunan tiga tingkat lengkap dengan bilik-bilik khas serta  perabut bagi memenuhi tuntutan pendidikan alaf baru. Bangunan tambahan ini siap sepenuhnya pada Disember 1999 dan mula digunakan pada tahun 2000

Encik Ahmad bin Md Top telah  mentadbir sekolah ini sehingga beliau bersara pada Disember 2000. Pada tahun 2001 sekolah ini ditadbir pula oleh Encik Abdul Razak bin Ali sehingga tahun 2002 apabila beliau bertukar ke Batu Pahat dan digantikan oleh Guru Besar Tuan Haji Ishak bin Osman sehingga tahun 2004 dan diganti pula oleh En. Saian bin Said. En Saian mentadbir sekolah sehingga 31 Mei 2005 iaitu selama setahun sahaja. Tempat beliau diganti pula oleh En. Onn bin Mohd Noor sehinggalah sekarang tahun 2007.  Mulai 26 Feb 2013 , Encik Onn bin Mohd Noor telah berpindah ke SK Batu 3, Jalan Mersing, Kluang. Pertukaran beliau telah diganti oleh Encik Talib bin Jemu, dan mula menjalankan tugas secara rasmi pada 20 Feb 2013    .

skup

lensa

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: