Sekapur Sireh

gbDengan nama Allah pembuka bicara, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W , serta sekalian sahabat-sahabat baginda, guru-guru kami, ibu bapa kami dan sekalian warga Sekolah KebangsaanLadang Pamol.

Sesi persekolahan 2013 bermula lagi.  Ini bermakna bermulalah tanggungjawab kita sebagai pendidik yang diamanahkan sebagai khalifah di muka bumi ini dalam melaksanakan tugas mendidik, membimbing, memandu arah anak bangsa kita agar terus menghuni muka bumi ini dengan sifat keilmuan yang tinggi.

Justru, persiapan yang rapi semaksimum mungkin perlu kita persiapkan bagi menghadapi cabaran pendidikan masa kini.  Seluruh warga SK Ladang Pamol wajar membuat tranformasi ke arah peningkatan minda, nilai kualiti kerja serta pembentukan sahsiah terpuji agar sekolah ini dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi di arena Pendidikan Negara.  Visi, Misi, Hala Tuju dan Matlamat sekolah perlu sentiasa dihayati agar amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita bukan menjadi satu beban sebaliknya satu ibadah.

Perahu telah di air, pendayung telah ditangan, marilah kita layarkan bahtera ini agar kita menjadi warga negara yang menyumbang ke arah kesejahteraan sejagat.

Selamat bertugas, sekian terima kasih.

Yang benar,

Talib bin Jemu

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Ladang Pamol

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: